our journey

our journey
Perjalanan Hidupku tidak berlaku sebagaimana yang Aku rancang, tetapi ianya berjalan mengikut perancangan ALLAH.... Alhamdulillah.

Wednesday 7 October 2015

Hawa Nurfaqehah

Assalamualaikum...
Berapa bulan dah saya x buka blog ni.. Rasanya kalau 6 bulan tu dah lebih kut. Inipun tak tahu nak tulis apa. Cuma berkongsi PERMATA dalam family kami, hadirnya membawa seribu sinar kebahagian, mawaddah dan rahmah.. Syukur pada ALLAH..
 Kita layan la gambar aje la....















Tuesday 25 November 2014

Cerita pasal Limpa masak " dendeng "

Assalamualaikum... Bertemu kembali. Sebenarnya resepi ni dah lama. Tapi "terperap" dalam draf dan tak sempat nak edit. Al maklumlah, kerja makin banyak dan kebetulan kena jaga exam SPM. 

Cerita pasal masak dendeng ni, saya terbaca kat blog housemate saya kat Sarawak dulu. Dendeng daging.... Dari rupa paras gambar tu macam sedap dan menarik minat jer. So saya cuba la. Cuma saya tukar daging tu kepada Limpa. Memang terangkat En.Suami makan. Hihi... sampaikan kakak ipar dan biras saya minta resepi. Resepi asal boleh klik kat sini . Terima kasih ijey kongsi resepi.






BAHAN-BAHAN ;

•  500 gm limpa lembu
•  8 ulas bawang merah
•  5 ulas bawang putih
•  4 biji lada besar ( merah )
•  2 sudu besar biji ketumbar
•  1 sudu besar jintan manis
•  2 inci kunyit hidup
•  4 sudu besar jus asam jawa
•  Serbuk perasa
•  Garam secukup rasa
•  Minyak secukupnya

**  5 ulas bawang putih & bawang merah dijadikan bawang goreng.

CARA - CARA :-

1)  Rebus limpa 70 % masak, angkat dan toskan. Hiris nipis. Ketepikan.
2)  Tumbuk ketumbar, kunyit dan jintan manis. Perap sebentar dengan limpa dan sedikit garam.
3)   Goreng limpa yang diperap tadi dalam minyak yang banyak hingga kekuningan / kemerahan. Kaupkan sekali dengan serbuk dan toskan.
4)  Kemudian tumbuk bawang putih, bawang merah dan ada besar . Sebelum itu goreng lada besar terlebih dahulu supaya senang bila ditumbuk.
5)  Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga garing. Kemudian masukkan daging yang telah digoreng sebelum itu, kacau hingga sebati.
6)  Masukkan jus asam jawa, sedikit garam dan serbuk perasa. Biarkan hingga garing. Angkat dan taburkan bawang goreng... Siap... :-)


Bingka Ubi Kentang

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, hari ni telah berjaya buat Bingka Ubi Kentang. Terima kasih pada Puan Norhalimawati sebab sudi kongsi resepi.. My Mom said, "kalu buat kuih lagu ni, x dea ko oghe lain, habih ko ma dulu"..

Jom kita kongsi resepi. Resepi ni saya ikut 100% macam Ijey bagi.








BAHAN-BAHAN ;

*  1 cawan kentang rebus ( anggaran 2 biji kentang saiz sederhana)
*  2 cawan santan (blend dgn 3 helai daun pandan & tapis)
*  1 cawan susu cair
*  1 cawan gula
*  11/2 cawan tepung gandum
*  4 biji telur
*  2 sudu besar butter/minyak sapi
*  Sedikit garam, pes pandan & pewarna hijau.
*  Sedikit bijan

CARA MEMBUATNYA ;

~  Kentang direbus hingga empuk, toskan dan dilecek.
~  Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan butter/minyak. Kisar sebati.
~  Sementara itu panaskan oven 180°c. Sapukan minyak/butter di sekeliling loyang dan masukkan dalam oven sebentar.
~  Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
~  Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi guna api atas sahaja untuk garingkan bahagian atas.
~  Biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong.


♡ ♡ ♡ ♡ ♡  SELAMAT MENCUBA  ♡ ♡ ♡ ♡ ♡

Sunday 16 November 2014

LAKSA SARAWAK

Hari ni berjaya buat Laksa Sarawak. Teringat Puan Ijan bila makan laksa Sarawak. Alhamdulillah menjadi. Ikut resepi Kak Dayang Zety masa kat Sarawak dulu.

Laksa Sarawak ni, walaupun disebut laksa tapi guna bihun. Jom kita belajar buat Laksa Sarawak.






BAHAN A ;

- Bihun 1 paket direbus / rendam air panas mendidih & tos. Ketepikan. ( saya rebus sbb guna bihun kasar)


BAHAN B ; (untuk kuah)

- 1 paket pes Laksa Sarawak (200gm)
- 1/2 ekor ayam (direbus + 3 cawan air)
- 1/2 kg udang (direbus dengan 1 cawan air)
- 3 cawan santan

CARA MEMBUATNYA ;

* Rebus ayam dan udang kemudian toskan.
* Satukan air rebusan udang dan ayam. Masukkan pes asam laksa dan masak sehingga air rebusan tinggal separuh.
* Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih sehingga naik minyak.
* Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.


BAHAN C ; ( Ulam )

- Timun ( buang kulit & parut )
- Tauge ( dicelur )
- Telur ( pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan garam. Goreng telur lapisan nipis dalam  non stick pan. Sejukkan & hiris halus.
- Daun ketumbar ( potong kecil )
- Limau kasturi ( potong dua )
- Ayam rebus tadi diracik halus.
- Udang rebus (potong dua)
- Sambal ( saya hanya tumis sambal belacan )









     

                         ♤ ~ ♤ ~ ♤   Selamat Mencuba  ♤ ~ ♤ ~ ♤ 

Saturday 15 November 2014

Sandwich Roti Bakar... sarapan pagi yg simple

Assalamualaikum...
Selamat pagi. Hari ni hujan turun tak henti- henti lagi. Masuk hari ini, dah 3 hari berturut-turut hujan turun. Bangun pagi perut minta diisi. Lebih2 lagi keadaan cuaca yg sejuk ni, brtambah2 la menyanyi minta makanan. En.Husband masih lagi dibuai mimpi. Biasa la, kalau tak kerja lepas subuh sambung "mimpi" pulak...

Hari ni sarapan simple
jer... Roti letak inti sikit bakar lbh kurang 10 minit. Sedia untuk sarapan.






BAHAN-BAHAN :
* 1 tin tuna ( saya guna yg pedas )
* 1 Paket kecil sosej ( goreng / bakar dan hiris nipis)
* Sedikit mentega
* Chedar
* Serbuk lada hitam
* 8 keping roti gardenia

CARA MENYEDIANYA ;
- Letak sedikit mentega diatas roti.
- Kemudian letak tuna dan sosej
- Tabur serbuk lada hitam.
- Chedar
- Lastnya bakar dgn suhu 150° selama 10 minit.
- Sedia untuk dihidang...

Tuesday 4 November 2014

Sarah Hanan

Assalamualaikum...
Hari ini, hari kedua jaga exam SPM, penat... niat di hati lepas isyak jer nak terus tidur. Tiba2 teringat kena taip sesuatu berkaitan dengan SPM dan kena serah esok kat Ketua Pengawas. Hmmm.. nampaknya cita2 nak tidur awal tak kesampaian jugak la...
Selepas siapkan kerja, tiba-tiba teringatkan anak buah. Hihi... timbul la idea nak uplod gambarnya kat sini.. Layan jer la yer gambar2 ni... kata Puan Ijan, biar gambar berbicara...