our journey

our journey
Perjalanan Hidupku tidak berlaku sebagaimana yang Aku rancang, tetapi ianya berjalan mengikut perancangan ALLAH.... Alhamdulillah.

Monday 25 August 2014

LASAGNE

Bertemu kembali... semasa sambutan hari raya peringkat PPD Bachok, saya telah menyediakan makanan kegemaran saya.. Apa lagi kalau bukan lasagne. Hasil dari lasagne yang saya buat itulah ada orang berminat nak tempah. Lucu pun ada.. Sebab saya sendiri buat lasagne pun dalam bermacam cara. Tapi bila dah cuba pelbagai resepi, akhirnya saya jumpa yang paling ringkas, senang nak buat dan yang paling penting rasanya memuaskan saya. Mungkin orang lain ada cara yang tersendiri..

Original resepi yang saya lihat kat astro (Italy punyer resepi ) semuanya direbus. Dia punya sos dan bahan lain direbus sekaligus dengan daging hancur... Sangat senang dan ringkas.. Di sebabkan lidah melayu ni, kita guna serbuk kari, saya lebih sedap bila serbuk kari tu ditumis agak masak hingga naik bau. Apapun terima kasih pada Pn.Ijey, Cik Epal , Pn.Ana dan ramai lagi, yang saya cedok resepi dari blog2 lain.. Terima kasih banyak-banyak di atas ilmu yang sangat bermanfaat.Resepi ni boleh diubah suai mengikut citarasa sendiri.

*Antara bahan yang diperlukan :












 BAHAN-BAHAN UNTUK  DAGING

  • 6 keping lasagne ( ikut saiz loyang ) direbus selama 3-5 minit.
  • 1 mangkuk daging kisar / ayam (400 gm)
  • 1/2 batang carrot dipotong kecil ( saya guna 1 batang )
  • 3 biji tomato ( ikut saiz, kalau besar saya guna 2 sahaja )
  •  2 biji bawang besar (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • sedikit minyak zaitun 
  • gula 
  • garam
  • oregano
  • basil 

BAHAN PASTE
  • 1 paket kecil serbuk kari 
  • 3 sudu besar tomato puree
  • sedikit air  
  • *** gaul semua bahan paste

BAHAN CREAM CHEESE
  • 2 sudu besar tepung gandum
  •  2 cawan susu segar
  • 8 keping chedar cheese
  • sedikit minyak

CARA MEMBUAT ( Inti Daging) :
  1.  Panaskan minyak. Tumis bawang putih & bawang besar hingga layu.
  2. Kemudian masukkan bahan paste hingga naik bau.
  3. Masukkan sos tomato, daging cincang (kisar) dan carrot. Biarkan hingga daging masak.
  4. Kemudian masukkan tomato, kiub, gula, garam, lada hitam, oregano dan basil.
  5. Gaul sebati, angkat dan ketepikan.
UNTUK CREAM CHEESE
  1. Panaskan sedikit minyak
  2. Masukkan susu segar dan gandum.
  3. Bila mendidih masukkan cheese. Kacau hingga pekat.

**sediakan loyang
  1.  Lapisan pertama letak kepingan lasagne yg telah direbus.
  2. Lapisan kedua letak daging.
  3. Lapisan ketiga letak cream cheese.
  4. Ulang lapisan 1,2 dan 3 dan lapisan terakhir lasagne.
  5.  Akhir sekali tuang cream cheese hingga menutupi lasagne. Tabur sedikit oregano dan lada hitam.
  6. Bakar dengan suhu 180 C selama 30-35 minit.



                                    -*-*-  SELAMAT MENCUBA -*-*-





Wednesday 20 August 2014

kek coklat kukus puding karamel

Kali pertama buat kek ni, alhamdulillah terus menjadi. Terima kasih  Jey...





Sumber dari : http://nicemamaforever.blogspot.com/2012/03/kek-coklat-kukus-puding-karamel.html

Resepi ni saya copy dari  Pn.Ijey@atiey 
Terima kasih jey...

(A) Bahan ( Gula Karamel)
Cara-cara:

Taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu selama 5-8 minit hingga gula mencair perang keemasan. (Suhu bergantung kepada oven masing-masing. Menurut Pn.Ijey oven akan berasap sebab kita bakar gula... jangan takut yer... )

(B) Bahan Puding Karamel
  • 3 biji kuning telur
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara-cara:
  1. Kacau sebati semua bahan ( tak perlu kuat, kacau lembut sahaja ).
  2. Tapis dan tuang atas gula karamel (gula hangus) tadi.
  3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit / pekat sikit permukaan puding tu... jangan terlampau keras, nanti tak boleh sebati dengan kek ( pada suhu 160 C dengan menggunakan api atas bawah)
  4. Ketepikan dan sejukkan lebih kurang 30 minit... ( sementara tu, sediakan adunan kek coklat )
(C) Bahan Kek Coklat
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 2/3 cawan serbuk koko ( Pn.Ijey letak 1 cawan )
  • 1 cawan minyak masak
** semua bahan campur & kacau atas api sederhana & sejukkan

Bahan-bahan lain :

  • 3biji telur
  • 1 1/2 cawan gandum + 1 sudu teh serbuk soda
* Kacau hingga sebati dalam adunan koko yg telah sejuk kat atas tu.
* Kemudian tuangkan ke atas karamel yg telah sejuk perlahan-lahan supaya puding tidak pecah.
* Bakar dengan menggunakan kaedah bain marie dengan suhu 160°C selama sejam @ sehingga masak.
* Terbalikkan apabila kek betul2 telah sejuk.

 *** selepas diterbalikkkan kek tu, simpan dulu dalam peti sejuk
          

 

 

 

Sandwich Roti Pita

Assalamualaikum.....
Bertemu kembali... Semalam ada kursus intervensi Bahasa Arab untuk SPM bertempat di Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin, SMATAAP. Alhamdulillah banyak maklumat baru yang diterima. Teringat semasa mengajar kat Sarawak dulu. Masalah utama mengajar Bahasa Arab dulu kerana kurang pendedahan dan bahan untuk PDP. Bila kembali ke Kelantan, alhamdulillah dengan pendedahan dan bahan yang saya dapat banyak membantu saya dalam melaksanakan tugas dengan lebih baik. Insyaallah dengan pendedahan yang dibuat ini, akan di kongsi dengan rakan-rakan di sana..

Tamat kursus jam 2.00 pm lebih sedikit. Tiba di rumah, Mr.Suami telefon nak makan roti pita. Saya tak pernah buat roti pita... so mulalah menjelajah beberapa blog. Kesimpulannya roti pita ni boleh buat inti salad mengikut citarasa kita jer.. Memandangkan Mr.Suami suka rasa ala western, jadi saya reka ajelah. Mak mertua pun cukup berselera makan...Inilah roti pita cara saya...





**resepi untuk 4 orang makan

BAHAN-BAHAN :
* Roti Pita ( 4 keping )
* Mayonis
* Salad bulat ( saya guna salad daun, sbb itu jer yg ada.. )

BAHAN INTI :
* Sedikit minyak zaitun ( untuk menumis )
* 4 ulas bawang putih ( mayang halus )
* 1 biji bawang besar ( potong dadu )
* Daging burger ayam square ( dibakar terlebih dahulu dan potong dadu )
   ( boleh ganti dengan dada ayam, kena perap terlebih dahulu...)
* Sosej ( hiris memanjang nipis-nipis )
* Lada benggala ( potong panjang )
* Tomato ( potong dadu )
* Lemon ( ambil jus )
* sedikit garam
* Pasli / oregano ( kering )
* lada hitam

CARA :
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu
- Masukkan sosej biarkan hingga masak..
- Masukkan daging burger ayam, lada benggala dan biarkan 2 minit.
- Kemudian masukkan tomato, oregano, garam, lada hitam.
- Gaul sebati dan angkat.

ROTI PITA
- Keluarkan roti dari plastik pembalut. Roti tu boleh dibakar dalam oven, tapi saya guna pemanggan biasa jer. Sebelum dipanggang, renjiskan air, panggang selama 1 minit di setiap permukaan roti.
- potong roti kepada 2 bahagian. sapukan mayonis pada bahagian dalam roti, masukkan daun salad dan inti.

*** senangkan..! sesuai utk sarapan pagi sebab ringkas dan cepat... SELAMAT MENCUBA




Sunday 17 August 2014

Majlis Hari Raya PPD Bachok

Alhamdulillah... semalam ( 16/8/2014 ) telah selesai majlis sambutan Aidilfitri peringkat PPD Bachok. Majlis berjalan dengan lancar. Tahniah kepada sekolah yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan gerai paling ceria & kreatif iaitu SMK Jelawat dan SK Badak.

Pelbagai jenis makanan dihidangkan, tapi sempat jamu mata jer.. Kita layan gambar aje la...

Gerai Kami


Laksa ni macam mihun, sape yang pernah makan laksa Sarawak itulah juga lasa yang digunakan, cuma kuah jer berbeza...



Hasil tangan sendiri... terima kasih Puan Ijey sebab kongsi resepi.



Nasi Arab SMU(A) Darul Ulum, Kolam

Sempat berposing.... 

Friday 8 August 2014

My Mom's Garden

Hari Jumaat lepas balik kampung. Sukanya tengok tanaman mama yang subur dan mula berbuah.. Jom, kite jenguk-jenguk kebun ibu saya..

Kacang Botol..


Bendi... Kacang miur ( tak pasti pulak mcm mana ejaannya )
  
Pokok Herba, Misai Kucing...


  Ketereh (ulam)


Bayam merah


Terung Bulat...sedang makan mentah (ulam)
 

  Kalau buat sup tak payah beli lagi...


Cili Kampung...


 Ubi Itik...



Air Asam Special Nisak SMUDI

Assalamualaikum...
Selamat pagi. Hari ini dah masuk hari ke4 hujan pada sebelah malam hingga ke pagi. Tapi hari ni lebih lebat dari biasa. Macam musim tengkujuh la pulak..

Mood nak menulis kat blog ni susah jugak. Lebih-lebih lagi banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan segera. Pagi ni saya nak kongsi air asam special. Ada "story" yang mencuit hati pada Ramadhan baru2 ini bersama dengan Nisak SMUDI, group WASAP kami berkait dengan air asam ni.. Bila ingatkan sahabat SMUDI, hihihi.... aku senyum sendirian.. Teringat cerita tcer hidayah, siap dapat markah dari Mr.Suami lagi.. Begitu juga dengan mimizairu, sumarlianie, ijah nuar dan lain2... terima kasih sahabat.

Saya nak kongsi air asam yang simple ni tapi "super" di sebabkan group Nisak SMUDI.




AIR ASAM SPECIAL NISAK SMUDI

Bahan-bahan :

* 3 sudu besar Asam jawa ( buang biji )
* 4 biji bawang merah ( mayang halus )
* 2 biji tomato ( potong dadu )
* limau kasturi ( hiris nipis bersama kulit )
* 7 biji cili api ( potong kecil ) kalau suka pedas boleh tambah
* 3 helai daun limau purut ( hiris halus )
* belacan  saya tak letak
* garam
* sedikit gula
* serbuk perisa ajinomoto ( saya tak letak )

Cara :
- Satukan semua bahan-bahan..
Senangkan...
Sesuai dimakan dengan semua sotong. ikan dan daging bakar... yummi
Selamat mencuba...








Saturday 2 August 2014

Sobahul Khair

Selamat pagi... cuaca agak baik pagi ni. Panas tidak, hujan pun tidak... Kata org arab "nasim as-sobbah".

Hari ini, "last day" cuti raya. Dah ramai sanak saudara meninggalkan kampung halaman, menuju destinasi masing-masing untuk menyambung kembali tanggungjawab dan perjuangan hidup. Airmata ibu yang semakin uzur mengalir setiap kali menghantar anakanda tercinta. Itulah lumrah kehidupan. Sebagai hambaNya, kita pasrah. Apapun setinggi kesyukuran di atas nikmat yang diberi olehNya, kerananya masih ramai di luar sana yang tidak bernasib baik.



Friday 1 August 2014

Athirah Wedding

Assalamualaikum...
Salam pagi Jumaat. Al-Fatihah untuk family yg telah mendahului kita semoga  mereka di tempatkan bersama para solihin, InsyaAllah.

Hari ini perkahwinan "my cousin" Nurathirah Binti Mohd Sukri. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar. InsyaAllah. Jom layan beberapa photo majlis akad nikahnya..








Gambar sekitar hari kenduri...