our journey

our journey
Perjalanan Hidupku tidak berlaku sebagaimana yang Aku rancang, tetapi ianya berjalan mengikut perancangan ALLAH.... Alhamdulillah.

Thursday 31 July 2014

sekadar coretan

Salam...
Hari ni raya ke 4. Sambil tunggu family kak pergi kenduri umah "Paman" di Pasir Mas, jenguk2 blog sekejap..

Tahun ni tahun yg paling gembira buat mama & abah, beraya dengan 4 orang menantu serentak...




Kegembiraan ini ditambah lagi dengan kehadiran Sarah Hanan. Anugerah terindah dari Yang Maha Agung buat kami semua...


                           Sarah Hanan ni, baby kepada Pok Nik & Chik Nie..


Sunday 27 July 2014

Syawarma Arabi .. Bermulanya Kisah...

Assalamualaikum...
Bagaimana nak mula yer. Pertama kali menulis kat blog ni. Dah lama berminat terutama bila saya buka blog kawan2. Bila tengok bahagian deco, garden dan masakan keinginan tu semakin tinggi. Tapi oleh kerana ada beberapa perkara yang perlu diutamakan terlebih dahulu, maka terpaksa pendamkan niat di hati...

Ok, apa yg saya nak kongsi hari ni ialah makanan 'pebret' saya semasa saya belajar kat Jordan dulu. Syawarma. Saya dah jelajah beberapa blog mencari resepi syawarma, tapi lastnya saya mengikut versi saya. Saya letak apa bahan yg saya fikir rasanya hampir sama dgn apa yg saya pernah makan dulu.

Alhamdulillah, hasilnya memuaskan hati walaupun kali pertama saya cuba. Mak mertua siap puji lagi.




SYAWARMA

BAHAN - BAHAN :
* 2 ketul dada ayam
* 4 ulas bawang putih (dikisar)
* 4 ulas bawang merah (dikisar)
* 1/2 sudu kecil basil
* 1/2 sudu kecil paprika
* 1/2 sudu kecil pasli
* 1/2 sudu kecil oregano
* 1 sudu kecil lada hitam
* 2 sudu besar minyak zaitun
* 2 sudu besar jus limau nipis @ lemon
* sedikit garam
- Tomato (potong panjang)
- timun jeruk
- kentang goreng (jejari)
- salad bulat
- Mayonis
- sos salad
- Roti Wraps ( saya guna yg original )




CARA MEMBUATNYA :
1.  Perap semua bahan yang bertanda * bersama ayam lbh kurang 4 jam (lagi lama lagi baik)
2. Panggang mggunakan pemanggang ajaib sehingga masak.
3. Apabila ayam sejuk hiris ayam nipis-nipis.

CARA MEMBALUTNYA :
1. Sapukan mayonis di atas roti.
2. Letakkan bahan yg bertanda (-) bersama ayam.
3. Kemudian gulung/balut mengikut bentuk yg anda suka.
4. Kmudian bakar lebih kurang 5 mnt mnggunakan kuali pembakar.
5. Boleh di makan dgn sos cili @ mayonis.. selamat mencuba.