our journey

our journey
Perjalanan Hidupku tidak berlaku sebagaimana yang Aku rancang, tetapi ianya berjalan mengikut perancangan ALLAH.... Alhamdulillah.

Tuesday 25 November 2014

Bingka Ubi Kentang

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, hari ni telah berjaya buat Bingka Ubi Kentang. Terima kasih pada Puan Norhalimawati sebab sudi kongsi resepi.. My Mom said, "kalu buat kuih lagu ni, x dea ko oghe lain, habih ko ma dulu"..

Jom kita kongsi resepi. Resepi ni saya ikut 100% macam Ijey bagi.








BAHAN-BAHAN ;

*  1 cawan kentang rebus ( anggaran 2 biji kentang saiz sederhana)
*  2 cawan santan (blend dgn 3 helai daun pandan & tapis)
*  1 cawan susu cair
*  1 cawan gula
*  11/2 cawan tepung gandum
*  4 biji telur
*  2 sudu besar butter/minyak sapi
*  Sedikit garam, pes pandan & pewarna hijau.
*  Sedikit bijan

CARA MEMBUATNYA ;

~  Kentang direbus hingga empuk, toskan dan dilecek.
~  Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan butter/minyak. Kisar sebati.
~  Sementara itu panaskan oven 180°c. Sapukan minyak/butter di sekeliling loyang dan masukkan dalam oven sebentar.
~  Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
~  Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi guna api atas sahaja untuk garingkan bahagian atas.
~  Biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong.


♡ ♡ ♡ ♡ ♡  SELAMAT MENCUBA  ♡ ♡ ♡ ♡ ♡

No comments:

Post a Comment